Monday, January 26, 2009

Hari Bersejarah-25Jan2009

HARI BERSEJARAH-PENUBUHAN PBM BUBUHAN BKT BERUNTUNG-BKT SENTOSA 25 JAN 2009


Alhamdulillah..Akhirnya berjaya sudah kami menubuhkan PBM bubuhan Bkt Beruntung-Bkt Sentosa,Rawang Selangor pada hari ini 25 Januari 2009 bertempat di Dewan Komuniti Blok L,Apartment Dahlia,Taman Bunga Raya,Bukit Beruntung,Selangor.

Peresmian penubuhan dan mesyuarat dilakukan oleh Yang Dihormati Naib Presiden PBM(Pusat) Tuan Haji Idris Bin Ali Badron.



Kehadiran ahli hampir 35 orang mencukupi untuk penubuhan PBM bubuhan Bkt Beruntung-Bkt Sentosa.Ahli-ahli baru begitu ramei(seronok) kerana mendengar akhirnya ada jua Penubuhan persatuan untuk orang Banjar di bubuhan di sini.
Kehadiran Tuan President PBM(Pusat) Tuan Haji Abd.Latif Dato Mas'ud untuk memberikan kata-kata semangat dan pertolongan yang PBM pusat akan lakukan buat bubuhan di sini memberikan harapan bahawa bubuhan di sini akan lebih berdaya proaktif dan sentiasa bergerak bersama-sama komuniti yang lain.

Kehadiran sebilangan kecil wanita juga menyemarakan semangat Ajk yang dilantik untuk memberikan komitment sepenuhnya kepada Bubuhan Pbm disini.


Berikut Ajk yang telah dilantik secara resmi untuk PBM bubuhan Bkt Beruntung-Bkt Sentosa tahun 2009/2010.

Pengerusi : En.Sabli Bin Hj Hassan
Naib Pengerusi :En.Salleh bin Jaini
Setiausaha : En Zailan Bin Halidi
Penolong Setiausaha : En.Badli bin Amri
Bendahari : En.Khairuddin bin Daud
AJK :
1) En Mohd.Farok bin Halidi
2)En.Abd Hamid bin Jaini
3)En.Kamaruzzaman bin Ishak
4)En.Ahmad Fauzi Zakaria
5)En.Alfian Bin Saarani
6)Pn.Zainab
7)Pn Aspalela
8)Pn Noor Ridah bt.Yasin

Pemeriksa Kira-kira
1)En.Abd.Razak bin Mat Rashid
2)En.Abd.Rahim bin Mat Tarih

No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...