Sunday, January 18, 2009

Boikot Israel produk...


Mengapa Kita Harus Boikot..? Apakah gunanya kita melaksanakan kempen boikot itu?" Untuk menjawab persoalan tersebut, kami ingin menarik perhatian saudara dan saudari terhadap situasi politik global yang sedang berlaku sekarang. Pihak kami yakin semua telah sedia maklum terhadap pembunuhan dan penindasan beramai-ramai umat Islam dewasa ini di kebanyakan negara Islam. Tidaklah perlu pihak kami mengulas lebih lanjut tentang perkara ini kerana saban hari kita boleh melihatnya di dada-dada akhbar ataupun melalui peti TV. Sebagai umat Islam, pihak kami tidak sanggup untuk melihat saudara seagama terus dibunuh dan dirampas hak mereka. Dan di dalam masa yang sama juga,kita tidak mempunyai kekuatan persenjataan langsung untuk menghadapi mereka. Satu-satunya sumber penentangan yang dimiliki oleh umat Islam ialah melalui suara dan ekonomi. Untuk mengangkat senjata, sudah tentu kita tidak mampu. Oleh itu, kuasa yang ada pada kita hanyalah pernyataan ketidakpuashatian terhadap dasar luar Amerika melalui kuasa membeli. Pihak kami akui, pemboikotan barangan keluaran negara pengganas Amerika dan sekutunya merupakan satu cabaran yang amat sukar bagi kami. Kita semua sedia maklum bahawa sebahagian dari kita membesar dengan produk-produk keluaran negara tersebut dan amat sukar untuk kita mengikisnya dari hidup kita. Dari sudut perniagaan pula, amatlah sukar untuk kita bertindak memboikot barangan keluaran mereka sekali gus. Walaupun ianya sukar, bukan bermakna kita tidak perlu membuat apa-apa langsung. Semua manusia mempunyai kemampuan yang terbatas...baca selanjutnya klik di sini..


No comments:

Post a Comment

Related Posts Plugin for WordPress, Blogger...